Kuala Terengganu, 15 Februari 2026 – Ketua Pendakwa Syarie merangkap Pengarah Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu telah hadir memenuhi jemputan Majlis Makan Malam YB Setiausaha Kerajaan Terengganu bersama Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan bagi tahun 2026.
Majlis yang berlangsung di Kediaman Darul Syakirin, Batu Burok ini bertujuan untuk memperkukuh jalinan kerjasama strategik serta mengeratkan hubungan silaturahim antara agensi-agensi kerajaan di Negeri Terengganu demi kecemerlangan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.


